Laman Utama
LatarBelakang
Visi
Misi
Carta Organisasi
Biro
Projek
Aktiviti

LATARBELAKANG PENUBUHAN MPPUSM

LATARBELAKANG PENUBUHAN

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia(MPPUSM) merupakan satu badan atau pertubuhan pelajar yang lahir sejajar dengan usaha pemajuan pelajar oleh pihak universiti untuk menghasilkan pemimpin masyarakat yang berkaliber, baik dari segi sahsiah, keterampilan diri dan jasmani dalam menghadapi suasana masyarakat selepas menamatkan pelajaran di Universiti. MPPUSM juga ditubuhkan selaras dengan peruntukan-peruntukan Akta Universiti dan Kolej (Pindaan) 1975, iaitu badan pelajar tertinggi di universiti ini ialah Persatuan Mahasiswa USM, yang mana semua pelajar yang berdaftar di universiti ini adalah secara automatisnya menjadi ahli persatuan tersebut.

MPP terdiri daripada wakil-wakil yang diundi secara rahsia melalui konstituensi umum serta konstituensi pusat pengajian. Hasil daripada pengundian tersebut, MPP kemudiannya akan memillih di antara ahlli-ahlinya untuk menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Bendahari dan jawatan-jawatan lain seperti yang telah terlebih dahulu diluluskan oleh Naib Canselor.

 

PIAGAM MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USM

  • Dalam membawa hala tuju organisasi ini selaras dengan tujuan utama penubuhannya iaitu untuk meningkatkan kembali idealisme mahasiswa. MPPUSM turut bergerak di atas dasar utama Piagam Pelanggan iaitu:
  • Memperjuangkan hak-hak serta kepentingan mahasiswa.
  • Memupuk dan mengeratkan semangat perpaduan dan kerjasama, sama ada melalui individu atau pertubuhan.
  • Memperkembangkan konsep kebudayaan ilmu, berfikir dan beramal seterusnya memangkinkan pembangunan jasmani, emosi, rohan dan intelek.
  • Menjadikan masyarakat "Kami Memimpin" sebagai satu wasilah rahmat kepada seluruh masyarakat sejagat.

 

©2001 Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.