Make your own free website on Tripod.com

ISU PTPTN

 

Majoriti mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di IPT mendapatkan duit pinjaman atau biasiswa untuk menampung segala perbelanjaan mereka di institut masing-masing. Setiap permulaan semester baru, masing-masing tertunggu-tunggu akan kemasukan pinjaman kedalam akaun bagi membayar yuran dan juga bagi memenuhi keperluan untuk pembelajaran. Namun begitu apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Mahasiswa dan mahasiswi USM agak terkilan pada peringkat awalnya kerana pinjaman PTPTN agak terlewat menyalurkan pinjaman kedalam akaun pelajar. Ini menyebabakan ramai pelajar berasa tidak puas hati.
Sehingga sekarang, walaupun telah masuk fasa kedua PTPTN menyempurnakan kemasukan pinjaman pelajar, tetapi masih ada lagi sebilangan pelajar yang masih belum mendapat wang pinjaman.
Atas rasa tanggungjawaban,pihak MPPUSM sidang 2001/02 sekarang ini dalam usaha untuk menangani masalah ini dengan pihak PTPTN.

Antara masalah yang wujud diantara pelajar dan pihak PTPTN:
i) Pinjaman pelajar yang telah diluluskan, tidak dimasukkan kedalam akaun.
ii) Pihak PTPTN lambat menyalurkan pinjaman sehingga lewat sidang.
iii) Pelajar yang mendapat PNGK 2.0 kebawah tidak dimasukkan pinjaman mereka.

Insya-Allah, kami pihak MPPUSM berharap agar usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pelajar dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

ke halaman utama

©2002 Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.